Assalamualaikum ^^ dan selamat datang ke blog saya . Ini blog baru saya, yang lama saya dah buang.
Bismillah..
Baiklah saya nak buat entry kali ni pasal kemasukan baru pelajar UNIMAS sesi 2015/2016. Sebelum itu saya nak ucapkan TAHNIAH ! Alhamdulillah anda mendapat tawaran dari universiti yang gemilang. Sebab apa saya kata gemilang ? Sebab banyak benda. Bagi yang dari semenanjung dapat UNIMAS tahniah ! Inilah peluang korang nak explore Sarawak yang korang nampak dari media massa contohnya televisyen;berita yang hanya menunjukkan orang pakai cawat, bersumpit,naik sampan dan tinggal atas pokok.Jejak saja kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, korang dah dapat aura yang korang pun tak tahu nak kata macam mana.
Seterusnya saya nak tanya , dapat kos apa di UNIMAS ni ? Apa pun kos korang dapat . bersyukur kepada Allah S.W.T. . Jangan rasa down kalau tak dapat kos yang korang idamkan. Seseungguhnya banyak lagi orang yang memohon untuk sambung belajar di IPTA tak dapat peluang seperti mana yang korang tengah dapat ni. Allah knows best .
Baik, bagi yang dapat kos Sains Tumbuhan a.k.a Bachelor of Science with Honours ( Plant Resource Science and Management ) kita geng ! okay ? hahaha . Tahniah bagi yang dapat kos ni. Siapa yang dapat kos ni, korang akan diletakkan di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber a.k.a Faculty of Resource Science and Environmental Ecology. Dalam fakulti ni ada kos Bioteknolgi, Kimia Sumber, Tumbuhan, Akuatik dan Haiwan ( Zoology ). Fakulti ni dekat dengan kolej kediaman Allamanda. So, siapa yang dapat kolej Allamanda tu tahniah lagi sekali ! Jalan kaki ke kuliah , ambik masa 5 minit je. So, kalau kelas pukul 8 tu, nk gerak dari bilik pukul 7.30 pun okay . Tapi, lagi awal lagi elok, adab-adab menimba ilmu :)
Okay , sekarang saya nak bagitahu pasal subjek yang korang kena ambil atau boleh ambil time semester 1 tahun 1 ni.
Tahun 1 ( Semester 1 )
- Biodiversity ( Core ) 3 Credit
- Analytical Chemistry ( Core ) 4 Credit
- General Genetics ( Core ) 3 Credit
- Statistics for Biology 1 ( Core ) 3 Credit
-Soft Skills ( Remedial ) 1 credit
-Preparotary 1 ( Remedial ) 0 Credit
** Preparotary 1 ni siapa yang dapat MUET band 2 dan ke bawah kena ambik, tapi bagi yang dapat MUET band 3 kena ambik Preparotary 2 dan yang dapat MUET band 4 dan ke atas tak perlu ambik dua2 boleh terus ambik Generic English.
-TMX 1010 ( Remedial ) 0 Credit
** Tapi haritu dapat info yang ada sistem baru pasal ni , so nnti korang akan di brief lagi pasal TMX ni okay ? maaf :)
-TITAS a.k.a Islamic and Asian Civiliation ( Generic ) 2 Credit
-EBX a.k.a Foundation of Entrepreneurship Cultivation ( Generic ) 2 Credit
So, total credit hours korang akan dapat 18 Credit.
Nak tambah boleh, contoh nak ambik subjek yang ditawarkan di semester 2 boleh je, asal nanti total credit hours korang tak lebih dari 23 Credit ( kalau tak silap) kalau lebih ada borang kena isi dan perlu cop dan sebagainya.
Subjek yang ditawarkan pada semester 2 nanti korang akan discover sendiri eh ? kalau nak tahu gak ? nanti boleh tanya saya . Sebab , masuk je korang semester 1 nanti saya pasti korang akan terus biasa dengan sistem UNIMAS . In sha Allah ^^
Itu sahaja yang dapat saya share, nak tahu lebih lanjut, maybe ada yang kurang faham ke ?... boleh tanya dengan saya okay ? Atau nak tambah sesuatu yang saya kurang and nak betulkan apa yang salah, you can reach me through FB . Atau kalau nak tanya dengan senior yang lagi senior dan semestinya lagi mahir dari saya korang boleh ke GROUP ni.Okay, thank you and sorry kalau ada kekurangan atau salah bicara dalam entry yang pertama ni . Assalamualaikum.