Wednesday, December 23, 2015

Bangunan 3 Tingkat

Bismillahirrohmannirrohim ,
.
.
.
Ada seorang pengusaha/ boss membina sebuah bangunan yang 3 tingkat. Dijadikan cerita, boss ini mengambil pekerja-pekerja untuk mengikut apa yang dia suruhkan. Boss itu di tingkat palinggg atas , iaitu tingkat 3 manakala pekerja-pekerjanya di tingkat bawahh sekali. Satu hari, boss itu hendak menyuruh seorang pekerjanya, namanya Ahmad, untuk melakukan sesuatu perkara yang di mahukannya. Jadi dia memanggil Ahmad dari tingkat 3 itu. Dia panggil, “ Ahmad, ahmad ...” . Namun Ahmad tidak menoleh. Panggil lagi sekali , tetap Ahmad leka melakukan pekerjaannya di bawah sana. Maka, Boss berfikir , dia perlu menggunakan cara lain untuk memanggil Ahmad. Jadi, dikeluarnya duit 50 sen dari poketnya dan dia baling ke bawah. Ahmad melihat duit itu, dia ambil dan simpan. Namun tetap Ahmad tidak menoleh ke atas. Boss tidak putus asa, dia cuba lagi dengan duit 50 rinngit. Boss itu baling duit itu ke bawah. Duit itu betul-betul jatuh di samping Ahmad. Ahmad ambil duit itu dan terus simpan. Juga, Ahmad tidak menoleh ke atas. Boss itu bertambah bingung, bagaimana cara lagi hendak memannggil Ahmad. Lalu dia terfikir akan sesuatu, dia ambil satu batu kerikil, dia baling tepat jatuh ke atas kepala Ahmad. Lansung, Ahmad mengeluh sakit dan dia toleh ke atas. Saat itu dia baru teringat boss nya sudah lama memanggilnya untuk memberitahu tugas-tugas yang perlu dia laksanakan.

Jadi, begitu juga dengan manusia. Allah itu ‘boss’ kita. Saat dia memanggil kita untuk beriman kepadaNya, Dia lemparkan kita sedikit kesenangan. Namun kita langsung tidak berdoa dan bersyukur kepadaNya. Namun Allah tetap mahu beri lagi kesenangan, kali ini berlipat kali ganda. Tetap kita leka dan lupa Allah yang memberi kita rezeki itu agar kita tunduk dan patuh kepada perintahNya. Sampai satu masa, Allah turunkan kita ujian kecil , iaitu batu kerikil tadi. Boleh kata batu kerikil itu , Allah bagi kita bankrap dalam perniagaan yang diusahakan. Baru dari situ, kita kembali kepada Allah, untuk memohon pertolongan dariNya. Mungkin kita sudah dibaling dengan beribu batu kerikil, apakah kita sedar ? Jangan sampai batu yang besar pula datang menyedarkan kita sampai kita tidak mampu menanganinya dan terus mati tanpa sempat bertaubat kepada Allah S.W.T.. Jangan tunggu musibah yang besar, teruk menimpa diri kita baru kita sujud kepada Allah, itupun kalau sempat. Allahu.

Cerita di atas saya dapat daripada satu event atau kurus Ruq'yah oleh seorang hamba Allah yang sangat berilmu orangnya, rendah diri dan tenang orangnya, bernama Ustadz Eri Abdul Rohim. Saya sangat tertarik dengan cerita beliau, semoga cerita ini dapat membuat kita berfikir bagaimana keadaan kita sekarang ? Masih bersenang lenang dengan rezeki Allah tanpa melakukan perintahNya atau tidak ?

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, bertaubatlah kalau masih sempat bertaubat. Listkan dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan, kemudian mohon ampun daripada Allah untuk setiap dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Jika pernah melakukan dosa kepada manusia, seperti mengumpat, mohon ampun kepada mereka yang kita umpatkan. Semoga, dengan itu memudahkan lagi kita untuk beramal kepada Allah S.W.T. dan semoga kita bertemu di syurga Firdaus, Allahumma aamiin. Wallahu’ alam.

**Jika ada kurangnnya,  maafkan diri ini. Jika mahu menambah baik, silakan  :)